Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, serta beberapa menteri termasuk Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menghadiri tayangan khas filem “Sheriff Narko Integriti” di Pawagam GSC.
Menurut Astro Awani, Tayangan itu dianjurkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dengan kerjasama SKOP Productions dan Astro Shaws.
Filem itu menonjolkan mesej penting mengenai integriti dan usaha membanteras rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam, sesuai dengan Kempen ERAT (Encouraging Responsibility Accountability Trustworthiness) EAIC.
Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar, menekankan prinsip “No One Is Above The Law” dan pentingnya penguatkuasaan undang-undang yang adil tanpa prejudis dan kompromi.
“Beliau juga menyatakan harapan EAIC untuk lebih banyak karya seni seperti filem Sheriff Narko Integriti yang dapat membuka mata dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam serta menjaga kedaulatan negara dan undang-undang”, katanya.