KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan keputusan isu keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker yang putuskan,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya,  hari ini.

Semalam, Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengesahkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserahkan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini melibatkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan (Wilayah Persekutuan).

Selanjutnya daripada Warta Malaysia