KUALA LUMPUR: Melalui kiriman seorang pengguna di X, @qayunn mendedahkan walaupun beliau tidak membenarkan individu tersebut masih berkeras untuk menggunakan tandas.

“Dah aku kena rasa tak sedap hati pula, call guard nak confirmkan dia dah ciao ker belum dari apartment. guard naik check, dia ada kat hujung corridor tingkat rumah aku. aku check jam, dah 20 minit dia kat situ.
“Makanan aku pun duduk la kat grill selama 20 minit tu. bangun tidur tadi aku okay lagi. check balik video yang aku sempat rakam celah pintu, tu yang naik bengang. ada dengar dia tanya guard tu, “saya ganggu dia ker?”. amboi brother,” katanya.
Beliau turut mencadangkan supaya alamat penghantar makanan turut disertakan kerana tidak adil hanya alamat pengguna yang didedahkan.
“Lain kali kongsi juga alamat rumah, ini dia je yang tahu rumah aku. kita yang dah 100% level alert dah kena tambah lagi alert. dia seronok ler, main game, isap rokok, macam takde apa jadi,” katanya.
Beliau turut mendedahkan laporan telah dilakukan terhadap syarikat pengendali perkhidmatan makanan.