KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri pada Sabtu lalu telah ditemui hari ini.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa budak perempuan tersebut ditemui di kawasan Batang Kali, Selangor.
Katanya kenyataan lanjut mengenai penemuan tersebut akan dibuat selepas ini.
“Ketua Polis Johor akan keluarkan kenyataan lanjut berhubung kes ini,” kata Hussein.
Kanak-kanak perempuan yang bernama Albertine Leo Jia Hui, berusia 6 tahun, dilaporkan hilang dari sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu lepas.
Polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes culik selepas berjaya menahan tiga suspek semalam.