Liga Muslim Dunia (MWL) telah menyatakan sokongan terhadap keputusan Parlimen Republik Slovenia yang meluluskan resolusi kerajaan untuk mengiktiraf Negara Palestin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung MWL, Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa, menegaskan bahawa keputusan ini, bersama-sama dengan resolusi serupa yang lain jelas menunjukkan transformasi penting dalam pengiktirafan antarabangsa terhadap kezaliman yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri serta menubuhkan negara mereka sendiri.

Sheikh Dr. Mohammed memuji pendirian bertanggungjawab dan mulia semua negara yang telah menerima pakai langkah penting dan adil ini, serta menggesa negara-negara lain untuk mencontohi langkah ini, dengan itu menyelaraskan diri mereka dengan hak asasi manusia dan hak undang-undang rakyat Palestin.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia