Skuad Harimau Malaya dipimpin oleh Kim Pan Gon akan menghadapi cabaran besar apabila mereka beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Taiwan dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Untuk ‘lolos’ ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia dan mara secara automatik ke Piala Asia, mereka perlu mencatatkan kemenangan besar sekurang-kurangnya dengan lapan gol tanpa balas, sambil berharap Oman menumbangkan Kyrgyzstan.

Meskipun cabaran besar ini, Pan Gon tetap optimis dengan keyakinan bahawa skuad mampu mencapai kejayaan, terutamanya setelah kemenangan besar 10-0 menentang Papua New Guinea tahun lalu di laman sendiri.

Dengan pemain seperti Paulo Josue, Daniel Ting, dan Safawi Rasid dalam skuad, mereka percaya mampu mengulangi kejayaan tersebut.

“Saya berpendapat ia (bertemu Taiwan) adalah aksi yang sukar tetapi kita akan gunakan apa sahaja yang kita ada ketika ini untuk menentang mereka nanti.

“Kami ada pengalaman menang besar 10-0 di laman sendiri, jadi apa sahaja boleh berlaku. Kami menang besar ke atas negara (Papua New Guinea) yang ketika itu berada di ranking lebih tinggi berbanding kita.

“Jadi, kami yakin mampu buat sesuatu (pada perlawanan itu),” kata pengendali dari Korea Selatan itu.

Walaupun mencapai lapan gol bukanlah perkara mudah, kualiti pemain Malaysia dijangka menjadi faktor pemisah.

Skuad negara dijangka menyerang habis-habisan untuk mencipta peluang gol, dengan harapan setiap peluang dapat diubah menjadi gol.

Dalam usaha mencapai sasaran, kerjasama antara pemain dianggap penting, dengan harapan mereka mampu mengulangi kejayaan lalu dan mencipta satu lagi keajaiban di gelanggang ‘keramat’ Harimau Malaya, Selasa ini.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia