Kuala Lumpur: “Saya boleh balik kampung kerja gaji Rm50 sehari asalkan saya dan keluarga boleh hidup selamat tanpa hidup dalam ketakutan” Kata Faisal Halim dalam sidang media hari ini.
Faisal Halim, yang menjadi mangsa insiden disimbah asid pada awal bulan lalu, membuat penampilan pertamanya dalam satu sidang media di Selangor.
Sebelum ini Warta Malaysia telah membuat liputan mengenai insiden keganasan terhadap dua pemain bola negara iaitu Faisal Halim, 26 dan Akhar Rashid, 25.
Insiden keganasan ini membawa kepada perhatian dan kegusaran umum sehinggakan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menzahirkan rasa kemurkaan baginda bertiga terhadap si pelaku.