Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan usaha terus mengesan ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan bahawa sehingga kini Muhammad Adlan belum menghubungi agensi itu untuk menyerah diri.

Menurut Berita Harian, beliau berkata tidak ada perkembangan, individu itu belum lagi dapat dikesan dan beliau tidak hubungi SPRM untuk menyerah diri.

“Kita masih lagi berusaha dengan INTERPOL (Polis Antarabangsa) dan pihak berkuasa lain untuk mengesan dia,” katanya

SPRM juga sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Selain Muhammad Adlan, seorang lagi adalah peguam, Mansoor Saat.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia