Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu kerajaan perpaduan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap minggu hadapan.
Beliau juga memaklumkan setakat ini kepimpinan bersetuju meletakkan calon dari PKR untuk bertanding di Dun Sungai Bakap.
Perdana Menteri juga berkata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan mengumumkan calon selepas bermesyuarat bersama dengan ahli komponen Kerajaan Perpaduan