Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Polis buru tiga lelaki bersenjata parang dan tukul rompak kedai emas di KajangPemain badminton Thailand Pitchamon digantung tiga bulan kerana dadah terlarangAdrian Marcellus dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MDECSuhakam gesa guru jalani saringan latar belakang, lindungi kanak-kanak daripada penderaanKenyataan Zahid isu Rohingya-Turkiye memalukan, kata Shahril HamdanZii Jia undur diri suku akhir Syed Modi, Yee Hern-Vannee mara ke separuh akhirPolis India selamat 92 rakyat Indonesia dan 72 rakyat Malaysia daripada sindiket penipuan siberPermintaan elektrik Malaysia dijangka lebih dua kali ganda menjelang 2050 akibat pusat dataChina masukkan simulasi dron 'loyal wingman' dalam latihan juruterbang pejuangBaru Bian: Cabaran terbesar satukan penyokong lama dengan akar umbi GPS di Ba Kelalan

Jadi Naib Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan tidak menganggu tugas saya sebagai editor YWP – Afdlin

Afdlin Shauki meyakini pelantikannya sebagai Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan tidak akan mengganggu tugasnya di Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Beliau menyatakan bahawa ketika dia menyertai YWP, dia bertindak sebagai editor sementara kerana kekosongan jawatan, tetapi sekarang telah dilantik seorang editor untuk menguruskan penerbitan akhbar Wilayahku.

“Tidak ada ganggu langsung. Masa saya masuk YWP dulu tiada editor. Saya hanya jadi editor buat sementara waktu.

“Sekarang dah dilantik seorang editor untuk Wilayahku dan saya pula terus membantu dari segi penambahbaikan terhadap akhbar dan majalah baru, itu sumbangan saya di YWP,” katanya

Ini tidak mengganggu tugasnya di YWP, katanya, kerana beliau masih membantu dalam penambahbaikan akhbar dan majalah baru.

Semalam Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin mengumumkan barisan pimpinan baru Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti tersebut selepas dilakukannya penyusunan semula badan berkenaan baru-baru ini.

Dalam pengumuman tersebut, Afdlin Shauki disenaraikan sebagai salah seorang personaliti yang dilantik untuk mengisi jawatan penting dalam MPN.

Langkah ini menandakan usaha PKR Wilayah Persekutuan dalam mengukuhkan struktur dalaman parti untuk mencapai matlamatnya.

Pelantikan Afdlin sebagai Naib Pengerusi MPN PKR Wilayah Persekutuan adalah sebahagian daripada penyusunan semula badan parti tersebut, yang turut melibatkan Lai Chen Heng dan Dr. Abdul Basir Kunhimohamed sebagai naib pengerusi.

Topikmpnpkrwilayah persekutuanyayasanywp

Berita berkaitan