Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Pemain badminton Thailand Pitchamon digantung tiga bulan kerana dadah terlarangAdrian Marcellus dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MDECSuhakam gesa guru jalani saringan latar belakang, lindungi kanak-kanak daripada penderaanKenyataan Zahid isu Rohingya-Turkiye memalukan, kata Shahril HamdanZii Jia undur diri suku akhir Syed Modi, Yee Hern-Vannee mara ke separuh akhirPolis India selamat 92 rakyat Indonesia dan 72 rakyat Malaysia daripada sindiket penipuan siberPermintaan elektrik Malaysia dijangka lebih dua kali ganda menjelang 2050 akibat pusat dataChina masukkan simulasi dron 'loyal wingman' dalam latihan juruterbang pejuangBaru Bian: Cabaran terbesar satukan penyokong lama dengan akar umbi GPS di Ba KelalanDAP tambah dua kerusi PRN Sarawak, Alice Lau bertanding di Bawang Assan

Suhakam gesa guru jalani saringan latar belakang, lindungi kanak-kanak daripada penderaan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan agar guru dan kakitangan sekolah yang berurusan terus dengan kanak-kanak diwajibkan menjalani saringan latar belakang sebelum dilantik, ditempatkan atau ditukarkan.

Dalam kenyataan, para pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam menegaskan perlindungan kanak-kanak tidak boleh bergantung semata-mata pada langkah keadilan jenayah selepas penderaan berlaku.

Mereka menggesa penekanan lebih besar diberikan kepada pencegahan, pengesanan awal dan perlindungan institusi, terutama di tempat guru serta kakitangan lain memegang kedudukan amanah dan kuasa.

Suhakam turut mahu Kementerian Pendidikan melakukan saringan semula secara berkala sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

"Pesuruhjaya kanak-kanak mengesyorkan agar Kementerian Pendidikan menggunakan mekanisme saringan pesalah seks kanak-kanak sedia ada yang diselenggara Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak," kata kenyataan itu.

Menurut Suhakam, mekanisme tersebut membolehkan organisasi yang bertanggungjawab menjaga dan menyelia kanak-kanak menyemak rekod kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, sekali gus mengurangkan risiko pesalah yang telah disabitkan ditempatkan dalam jawatan amanah.

Suhakam juga meminta Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak memperluas skop daftar dan mekanisme saringan itu supaya merangkumi kesalahan yang melibatkan penderaan fizikal, pengabaian, penganiayaan, eksploitasi, pemerdagangan serta bentuk keganasan lain yang menimbulkan risiko besar kepada keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

Selain itu, Suhakam mencadangkan Kementerian Pendidikan mewajibkan latihan berstruktur mengenai Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kepada semua guru, sama ada yang sedang berkhidmat atau pra-perkhidmatan, menjelang tahun depan.

Latihan itu, katanya, perlu membekalkan pendidik dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengenali tanda penderaan dan eksploitasi seksual, mengenal pasti tingkah laku pemerdayaan serta manipulatif, dan mengekalkan batas profesional yang sewajarnya.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas seorang guru sekolah rendah di Sarawak dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 160 sebatan rotan selepas didapati bersalah atas 64 pertuduhan kesalahan seksual membabitkan lapan kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun.

Guru berkenaan, Wong Fei Sing, yang mengajar di SK Emplam, Engkilili, didapati melakukan kesalahan termasuk serangan seksual fizikal dan komunikasi seksual dengan kanak-kanak antara 2023 dan 2026.

TopikSuhakamKementerian Pendidikanperlindungan kanak-kanaksaringan guruSK Emplam

Foto: Vyacheslav Argenberg / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan