Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Polis buru tiga lelaki bersenjata parang dan tukul rompak kedai emas di KajangPemain badminton Thailand Pitchamon digantung tiga bulan kerana dadah terlarangAdrian Marcellus dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MDECSuhakam gesa guru jalani saringan latar belakang, lindungi kanak-kanak daripada penderaanKenyataan Zahid isu Rohingya-Turkiye memalukan, kata Shahril HamdanZii Jia undur diri suku akhir Syed Modi, Yee Hern-Vannee mara ke separuh akhirPolis India selamat 92 rakyat Indonesia dan 72 rakyat Malaysia daripada sindiket penipuan siberPermintaan elektrik Malaysia dijangka lebih dua kali ganda menjelang 2050 akibat pusat dataChina masukkan simulasi dron 'loyal wingman' dalam latihan juruterbang pejuangBaru Bian: Cabaran terbesar satukan penyokong lama dengan akar umbi GPS di Ba Kelalan

Polis buru tiga lelaki bersenjata parang dan tukul rompak kedai emas di Kajang

KAJANG: Polis sedang memburu tiga lelaki bersenjata parang dan tukul yang dipercayai terlibat dalam rompakan di sebuah kedai emas dalam pusat membeli-belah di Bandar Teknologi Kajang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.23 petang.

"Siasatan awal mendapati tiga suspek itu melarikan diri menaiki dua buah motosikal selepas rompakan tersebut. Jumlah keseluruhan kerugian masih belum dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata merbahaya. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Nabil Aizat, di talian 013-623 2713 atau balai polis berhampiran.

TopikKajangRompakanKedai emasPolis

Berita berkaitan