KUALA LUMPUR: Lima ahli keluarga yang disyaki terlibat dalam serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram yang menyebabkan dua anggota polis terkorban pada 17 Mei lalu, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
Menurut kertas pertuduhan yang dilaporkan oleh Malaysiakini, mereka menghadapi sembilan tuduhan berasingan, termasuk penggalakan dan penanaman ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).
Terdapat lima tertuduh, termasuk bapa lelaki berusia 62 tahun, Radin Imran Radin Mohd Yassin, dan isterinya Rosna Jantan yang juga merupakan warga Singapura.
Selain itu, turut didakwa adalah tiga adik-beradik suspek lelaki yang ditembak mati semasa serangan tersebut, iaitu Radin Romyullah (34 tahun), Farhah Sobrina (23 tahun), dan Mariah (19 tahun).
Pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Namun tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima mereka kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.