MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di lima negeri hingga tengah hari

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri yang berkuat kuasa sehingga tengah hari Jumaat.
Di utara Semenanjung, amaran meliputi Kelantan, iaitu daerah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Machang dan Pasir Puteh. Seluruh negeri Terengganu turut diliputi amaran itu.
Di pantai timur, amaran meliputi Pahang, khususnya daerah Kuantan dan Pekan.
Di Sarawak, amaran meliputi daerah Sri Aman, Betong (Betong dan Pusa), Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Mukah.
Di Sabah pula, amaran meliputi bahagian Sandakan, khususnya daerah Labuk dan Sugut, Sandakan, Paitan dan Kinabatangan.
MetMalaysia mengeluarkan amaran sedemikian apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam bakal berlaku atau dijangka berlaku lebih satu jam.
Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap satu keluaran.
Notis itu dikeluarkan jabatan berkenaan pada 8.45 pagi Jumaat.




