Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

MyEG dikenakan taksiran cukai RM353.13 juta, kerajaan failkan saman sivil

KUALA LUMPUR: MyEG Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan berjumlah RM353.13 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), manakala kerajaan Malaysia turut memfailkan saman sivil terhadap syarikat itu.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini, Zetrix AI memaklumkan taksiran yang diterima MyEG pada Rabu itu terdiri daripada RM333.11 juta cukai pendapatan tambahan berkaitan harga pindahan dan RM20.02 juta faedah yang dianggap terakru, termasuk penalti. Taksiran itu meliputi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023.

Harga pindahan merujuk kepada penetapan harga bagi urus niaga antara syarikat yang berkaitan.

"Surat yang sama turut memaklumkan MyEG bahawa kerajaan Malaysia telah memfailkan saman sivil terhadap MyEG berhubung perkara ini," katanya.

Menurut Zetrix AI, MyEG yakin dengan kewajaran pendiriannya dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk melindungi kepentingannya, termasuk mempertahankan diri melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.

Pada masa sama, MyEG telah memfailkan rayuan bagi mencabar taksiran cukai tambahan itu di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, di samping berusaha menyelesaikan perkara tersebut secara baik dengan LHDN. Syarikat itu akan membuat pengumuman lanjut sekiranya ada perkembangan penting dalam prosiding undang-undang berkenaan.

Dalam pemfailan berasingan, Zetrix AI memaklumkan ia masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan berhubung satu laporan berita dua hari lalu yang mendakwa kerajaan merancang menyaman syarikat itu berkaitan tunggakan RM314 juta.

Pada Selasa lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap Zetrix dan MyEG kerana didakwa gagal menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta yang dikutip bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.

Beliau berkata hasil kerajaan yang dikutip syarikat itu tidak sepatutnya digunakan untuk membiayai perbelanjaan operasi, dan kelewatan menyerahkannya merupakan pelanggaran serius terhadap terma perjanjian dengan kerajaan.

TopikMyEGZetrix AILHDNharga pindahan

Berita berkaitan