Rabu, 4 November 2026
TERKINI
Bersama dapat sokongan bekas Pengerusi DAP Melaka dan veteran kesatuan sekerja jelang PRNDemokrat kuasai Dewan Perwakilan AS, kawal penuh Kongres dalam pilihan raya pertengahanPrabowo pecat ketua kakitangan Listyo Sigit dalam kes dakwaan sadap telefonDemokrat rampas kawalan Senat AS dalam pilihan raya pertengahan, Trump ditolak pengundiNajib dijangka bayar denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi hari ini, jalani baki hukuman di rumahTun Mahathir terharu orang ramai terus ziarah dan doakan arwah Siti HasmahKlang tempat paling berisiko banjir di Selangor dengan 13 lokasi, monsun timur laut berlarutan hingga Mac70 peratus pesakit jabatan kecemasan Hospital Pulau Pinang kes tidak kritikalKerajaan pertimbang perlindungan undang-undang khas untuk pensyarah universiti awamCSA merentas parti kunci lulus pindaan pisahkan AG-PP – Azalina

Najib dijangka bayar denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi hari ini, jalani baki hukuman di rumah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka melunaskan denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Pada 14 Oktober lalu, Najib disahkan telah menerima dokumen perintah berkaitan mekanisme tahanan rumah terhadapnya, namun beliau dilarang mendedahkan kandungan dokumen itu kepada umum.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan perkara itu selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Shafee turut mengesahkan lokasi tahanan rumah yang dinyatakan dalam dokumen itu ialah kediaman Najib di No. 11, Langgak Duta.

Pada Oktober lalu, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman, memaklumkan Jabatan Penjara Malaysia telah memberikan penjelasan lanjut mengenai mekanisme tahanan rumah kepada Najib. Sebelum itu, pada 19 September, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata Jabatan Penjara dijangka menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah itu.

Najib, bekas Ahli Parlimen Pekan, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Beliau memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.

TopikNajib RazakTahanan rumahMahkamah TinggiSRC International

Berita berkaitan