Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Peguam bekas anggota polis: Pendakwaan Shuhaily cetus harapan tuntut keadilan selepas lebih sedekad

KUALA LUMPUR: Pendakwaan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Oktober lalu mencetuskan harapan baharu kepada seorang bekas anggota polis untuk mendapatkan keadilan berhubung dakwaan kekerasan yang dilaporkan berlaku sekitar 11 tahun lalu.

Peguam yang mewakili bekas anggota itu, Kamal Hisham Ja'afar, berkata tindakan membangkitkan semula laporan polis berkenaan bukan bertujuan memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya untuk memastikan hak anak guamnya mendapatkan keadilan tidak terabai.

Beliau berkata tiada had masa yang menghalang sesuatu kes jenayah daripada diteruskan, dan anak guamnya tidak pernah menarik balik laporan polis itu atau melepaskan hak di sisi undang-undang untuk meneruskan kes tersebut.

Menurut Kamal Hisham, sepanjang lebih sedekad lalu anak guamnya tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang keputusan hasil siasatan terhadap laporan polis berkenaan.

"Selain itu, tiada sebarang tindakan sama ada pertuduhan di mahkamah mahupun tindakan tatatertib dikenakan terhadap Mohd Shuhaily berhubung laporan polis tersebut selepas lebih sedekad berlalu," katanya.

Kenyataan media bersama peguam seorang lagi, Muhammad Nor Tamrin, pada Jumaat itu dikeluarkan sebagai menjawab persoalan peguam yang mewakili Mohd Shuhaily, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pada Rabu lalu, Muhammad Rafique mempersoalkan mengapa dakwaan jenayah kekerasan yang kononnya berlaku ketika Mohd Shuhaily bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak pada 2015 hanya dibangkitkan sekarang. Beliau turut mempersoalkan mengapa laporan itu hanya mendapat perhatian selepas isu membabitkan anak guamnya menjadi perhatian ramai.

Muhammad Rafique juga membangkitkan kemungkinan perkembangan terbaharu itu bertujuan membentuk persepsi negatif terhadap Mohd Shuhaily, yang menurutnya mendapat sokongan masyarakat kerana ketegasan dan disiplin ketika menjalankan tugas.

Kamal Hisham menegaskan pendirian anak guamnya dibuat semata-mata untuk mendapatkan keadilan tanpa niat jahat terhadap mana-mana pihak. Pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan budi bicara Peguam Negara untuk membuat apa-apa keputusan yang dianggap adil dan saksama.

TopikMohd Shuhaily Mohd ZainAKPSPeguam NegaraMahkamah Majistret Sepang

Foto: Thegreatrebellion / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan