Rabu, 4 November 2026
TERKINI
Demokrat rampas kawalan Senat AS dalam pilihan raya pertengahan, Trump ditolak pengundiNajib dijangka bayar denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi hari ini, jalani baki hukuman di rumahTun Mahathir terharu orang ramai terus ziarah dan doakan arwah Siti HasmahKlang tempat paling berisiko banjir di Selangor dengan 13 lokasi, monsun timur laut berlarutan hingga Mac70 peratus pesakit jabatan kecemasan Hospital Pulau Pinang kes tidak kritikalKerajaan pertimbang perlindungan undang-undang khas untuk pensyarah universiti awamCSA merentas parti kunci lulus pindaan pisahkan AG-PP – AzalinaHyrox tidak diluluskan selagi penajaan syarikat bir tidak ditarik balik – TaufiqBanjir kilat Subang: 789 penduduk terjejas, penduduk dakwa siren amaran tidak berbunyiBanjir kilat tutup lebuh raya di Shah Alam, NKVE dan ELITE terjejas

Penyokong Rafizi berkumpul di luar Bukit Aman jelang rakaman percakapan

KUALA LUMPUR: Beberapa penyokong bekas menteri ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkumpul di luar Bukit Aman menjelang kehadirannya yang dijangka untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan berkaitan 'mafia korporat' pada Selasa.

Penyokong itu, yang dipercayai mula tiba seawal jam 9 pagi, memakai pakaian berwarna kuning manakala yang lain mengenakan baju-T kuning bercetak logo Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Rafizi, yang juga pengasas Bersama, dijangka memberi keterangan yang akan dirakam oleh Unit Siasatan Jenayah Terperingkat (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Pada Isnin, Rafizi mengesahkan beliau menerima notis polis untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 500 dan 505 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu dipercayai berpunca daripada laporan polis yang dibuat pada 22 Oktober berhubung ucapannya dalam satu ceramah di Selayang pada 20 Oktober.

TopikRafizi RamliBukit AmanParti Bersama MalaysiaPDRM

Foto: Firdaus Latif / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan