Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

PRN Melaka: PH pertahan kerusi penyandang, intai peluang rampas kerusi berpotensi – Fahmi

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan untuk mengekalkan kerusi penyandang sedia ada sebagai asas strategi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, di samping mengintai peluang merampas beberapa kerusi yang dilihat berpotensi.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada petang Selasa yang memperincikan persediaan jentera gabungan itu menjelang pilihan raya negeri berkenaan.

"Kita (PH) lihat garis asas kita adalah kerusi yang ingin kita kekalkan. Pada masa yang sama, kita sedang mengintai peluang keemasan untuk merampas beberapa kerusi," katanya.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata PH bersikap realistik tentang keadaan semasa, namun melihat beberapa faktor yang boleh membolehkan kerusi yang disasarkan beralih kepada gabungan itu jika strategi yang dirangka tepat pada sasarannya.

"Kita sasar, kita realistik, kita faham keadaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Deepavali Parlimen Lembah Pantai pada malam yang sama.

Menurut beliau, Majlis Presiden turut menerima taklimat daripada Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim mengenai tahap kesiapsiagaan jentera di peringkat negeri.

Fahmi berkata, calon-calon PH yang telah diumumkan sebelum ini meneruskan gerak kerja masing-masing dan beliau yakin mereka bersedia untuk berdepan dengan semua pencabar menjelang hari penamaan calon pada 31 Oktober ini.

Mesyuarat itu juga mengambil maklum mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak serta beberapa usaha pelaksanaan reformasi kerajaan.

Bagi memudahkan petugas media membuat liputan PRN Melaka, sebuah pusat media utama kendalian Jabatan Penerangan akan beroperasi dari 30 Oktober hingga 14 November di Hotel Mudzaffar, Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh.

TopikPRN MelakaPakatan HarapanFahmi FadzilAdly Zahari

Berita berkaitan