Ustaz Don bersyukur tidak dihalang untuk berdakwah selepas perjumpaan dengan JAKIM
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid hari ini mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wakil Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil. Pertemuan yang berlangsung di pagi hari ini berjalan dengan lancar dan harmoni.