KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ditembak menyebabkan beliau mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan telinga semasa memberikan ucapan untuk kempen pemilihan presiden akan datang.

Kejadian itu berlaku ketika bunyi tembakan kedengaran, memaksa Trump merebahkan diri sebelum beberapa pegawai Perkhidmatan Rahsia AS melindungi beliau.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS mengatakan, “bekas Presiden kini selamat.

“Ini kini merupakan siasatan aktif oleh Secret Service dan maklumat lanjut akan dikeluarkan apabila tersedia,” kata jurucakap agensi Anthony Guglielmi.

Trump dibawa ke sebuah pusat perubatan tempatan untuk pemeriksaan lanjut setelah dibawa meninggalkan pentas dalam keadaan terlindung oleh pegawai keselamatan.

Jurucakap Trump, Steven Cheung, mengesahkan bahawa Trump dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas tindakan pantas mereka.

“Beliau dalam keadaan baik dan sedang diperiksa di sebuah pusat perubatan tempatan,” kata Cheung.

Status suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut masih belum jelas sama ada berjaya ditahan atau tidak.

Presiden AS, Joe Biden, yang berada di Delaware, telah diberitahu mengenai situasi tersebut dan sedang memantau perkembangan tersebut, menurut seorang pegawai kanan White House.

Reaksi daripada ahli politik termasuk calon Naib Presiden Senator JD Vance, R-Ohio; Senator Marco Rubio, R-Fla, dan Gabenor Dakota Utara, Doug Burgum, yang mengucapkan doa mereka untuk keselamatan Trump selepas kejadian itu.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia