Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, telah direhatkan daripada bersiaran di program Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dikenali sebagai Salam Baitullah.
“Untuk meredakan keadaan, saya telah meminta pasukan untuk merehatkan sementara Ustaz Don dari program Salam Baitullah. Jangan tanya apa yang saya fikirkan atau rasakan. Saya berasa kebas,” katanya melalui aplikasi X.
Sebelum ini, terdapat pertikaian di media sosial mengenai kisah hidup Nabi Muhammad SAW oleh beberapa pengguna media sosial.
Beberapa hari lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu tersebut. Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa Ummu Hani diragui sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW dan menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyatakan perkara yang tidak benar mengenai Baginda.
Terdapat juga pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan tindakan RTM. “Penatlah pengarah RTM kena ikut cakap orang yang menulis komen di Twitter sambil duduk dalam tandas. Setiap kali ada isu, saya cadangkan tutup komen. Kebanyakan isu di Twitter hanya bertahan 24-48 jam sahaja,” kata seorang netizen.