Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim, 46, menegaskan bahawa statusnya sebagai isteri kepada kerabat diraja bukanlah ‘tiket’ untuk dirinya berhenti daripada aktif sebagai wanita berkerjaya dalam bidang seni.

Baginya, sebagai anak sulung dari empat beradik, beliau telah terbiasa bekerja dan berdikari untuk mencari kewangan sendiri sejak dahulu kerana tidak mahu bergantung kepada ibu bapa.

“Walaupun saya anak perempuan tunggal dalam keluarga yang mempunyai tiga adik lelaki, namun sebagai kakak yang sulung, sudah pasti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada adik-beradik lain, terutama perlunya berdikari sendiri.

“Malah, apabila saya bertemu jodoh dengan suami yang juga kerabat diraja, masih tiada apa yang berubah dalam karier kerana saya sendiri memang suka bekerja dan tidak boleh duduk diam saja walaupun suami saya mampu menanggung segalanya.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia