Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan

KOTA BHARU: Banjir diramalkan berlaku di sembilan daerah di Kelantan sehingga 30 November ini berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis.

Menurut Ramalan Awal Banjir Kelantan yang dikemas kini pada jam 8 malam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Machang dan Kuala Krai sebagai kawasan berisiko.

JPS berkata, kawasan yang berpotensi terjejas termasuk titik panas banjir, kawasan rendah dan kawasan berisiko di beberapa lembangan sungai utama di negeri itu.

Lembangan Sungai Golok meliputi Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat, manakala Lembangan Sungai Kelantan melibatkan Kota Bharu, Machang dan Kuala Krai.

Bagi Pasir Puteh dan Bachok, kawasan berisiko merangkumi Lembangan Sungai Semerak, selain Sungai Kelantan di Pasir Puteh serta Sungai Kemasin dan Sungai Gali di Bachok.

JPS memaklumkan pemantauan berterusan akan dijalankan dan amaran banjir akan dikeluarkan sekiranya hujan lebat berlanjutan di lembangan sungai berkenaan. Jabatan itu turut menyatakan banjir yang diramalkan mungkin berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

Agensi pengurusan bencana dan penduduk, terutama di kawasan yang dijangka terjejas, diminta bersiap siaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran banjir terkini menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my dan laman Facebook PublicInfoBanjir.

TopikKelantanBanjirJPSMetMalaysia

Foto: Robert Lamb / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan