KUALA LUMPUR: Seorang wanita muda yang terkenal sebagai mukbanger profesional, Pan Xiaoting, telah meninggal dunia akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang atau dalam bahasa Korea iaitu mengamalkan pemakanan dalam kuantiti yang banyak.

Berusia 24 tahun, Xiaoting, yang memulakan kerjaya dalam aktiviti ini sejak tahun 2020, dilaporkan meninggal di hospital disebabkan perutnya dipenuhi makanan yang tidak dapat dihadam dengan sempurna serta kecederaan teruk pada ususnya.

Menurut laporan dari Oditty Central, Xiaoting mula menceburkan diri dalam mukbang setelah terinspirasi oleh video YouTube yang menunjukkan pempengaruh memakan makanan dalam jumlah yang besar.

Walaupun pada awalnya ibu bapa Xiaoting tidak bersetuju dengan pilihannya ini, mereka akhirnya menyokong keputusannya.

Xiaoting telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan beliau sebagai bekas pelayan restoran dan menyewa sebuah bilik untuk digunakan sebagai studio mukbangnya.

Beliau mula menarik perhatian dengan penstriman langsung mukbang, yang menghasilkan pendapatan yang tinggi hasil daripada aktiviti ini.

Namun demikian, keputusannya ini tidak datang tanpa risiko. Berat badan Xiaoting dilaporkan mencecah 300 kilogram semasa melakukan mukbang, dan beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dalam perut akibat makanan yang berlebihan.

Pengikut setia Xiaoting semakin bertambah seiring dengan waktu, namun aktiviti mukbangnya yang semakin ekstrim menyebabkan beliau menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Walaupun menerima nasihat dari pengikutnya yang bimbang, Xiaoting, akhirnya telah kehilangan nyawanya dalam usaha meneruskan aktiviti mukbang yang semakin popular di platform YouTube.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia