Penghibur legenda, Azlee Senario ataupun nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, 56 kini berada di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantauan selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil).

Isterinya, Aslinda Ayob, berkata, menurut doktor, saluran jantung Azlee tersumbat sebanyak 99 peratus dan stent dipasang dengan segera.

“Syukur, keadaannya stabil tetapi dia perlu berehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Kosmo! Online, Aslinda menjelaskan bahawa suaminya, mula menunjukkan simptom seperti berpeluh dan sesak nafas selepas selesai bekerja petang semalam.

Menyedari situasi tersebut, Aslinda segera membawa Azlee ke klinik berhampiran, dan doktor kemudian mengarahkan agar dia dibawa ke hospital setelah mendapati keadaannya kritikal.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia