Empat individu telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian barang kemas dari kediaman usahawan makanan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe, di Pokok Sena, pada 25 April yang lalu.

Menurut laporan daripada Berita Harian, dua lelaki dan dua wanita yang berusia antara 20 hingga 27 tahun itu ditahan sekitar jam 9 pagi di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman, kesemua suspek tersebut sebelum ini telah menghadiri perbicaraan kes pecah rumah yang melibatkan mereka.

Pihak polis berjaya merampas barang kemas bernilai RM40,000 yang dipercayai milik usahawan tersebut, meskipun sebahagian besar barang tersebut telah dijual.

Zulkeflee juga menyatakan bahawa Kieda akan dipanggil oleh polis untuk mengenal pasti barang kemas yang telah dirampas.

“Dengan penahanan empat suspek ini, kami yakin dapat menyelesaikan kes pecah masuk dan kecurian barang kemas yang melibatkan usahawan (Kieda) tersebut,” katanya

Selanjutnya daripada Warta Malaysia