KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan di negara Islam berpegang pada sistem, nilai, dan akhlak Islam.
Beliau menyatakan ini dalam ucapannya di Majlis Perasmian Festival Turath Islami Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
“Kalau AI itu hendak dikembangkan di Malaysia yang kita asak dengan kuat, supaya universiti-universiti dan fakulti AI dan sebagainya, kalau mahu berjaya kita mesti latih anak-anak kita yang mempunyai kepakaran AI itu untuk memasukkan memuatkan khazanah ilmu Islam dan Turath dalam korpus AI.
“Apa yang dilontar dan dimuntahkan robot baru AI ini berdasarkan ilmu dimasukkan kepada dia (AI). Sekarang ini kita serah kepada Barat. Sebab itu saya katakan Turath itu ada kaitan,” Katanya
Perdana Menteri juga menyuarakan kebimbangan bahawa perkembangan AI di negara ini terlalu dipengaruhi oleh Barat.