Kuala Lumpur: Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan, dijangka akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, pada minggu hadapan untuk membincangkan isu peruntukan ahli parlimen pembangkang.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, pihaknya dimaklumkan parti komponen kerajaan perpaduan sudah berbincang berhubung peruntukan Ahli Parlimen, namun pihak pembangkang tidak diberitahu mengenai perkembangan perkara tersebut.

“Kita nak tahu apakah syarat (peruntukan Ahli Parlimen pembangkang) dan selepas itu kita akan bincangkan sama ada boleh akur atau tidak dengan syarat yang diberikan itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu hari ini, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, terdapat beberapa rungutan daripada ahli parlimen pembangkang mengenai kekurangan peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan mereka. Isu ini menjadi perbincangan hangat dalam kalangan ahli politik dan masyarakat umum.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia