Kuala Lumpur: Penempatan komuniti Rohingya di Sentul, yang terdiri daripada kira-kira 27 rumah setinggan, tiga kedai runcit, dan sebuah surau, telah dirobohkan kerana dibina secara haram di atas tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut kenyataan di Facebook rasmi DBKL, Operasi Tindakan Bersepadu yang melibatkan perobohan struktur-struktur haram tersebut dilaksanakan bersama Pasukan Agensi Sahabat di Lot 201224, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Operasi ini bermula pada pukul 9.30 pagi.

DBKL turut menyatakan bahawa tindakan ini diambil di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974, yang melarang pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas tanah awam.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia