KUALA LUMPUR: Lapan individu telah ditahan atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik FELDA di Melaka.
Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga broker dan dua orang awam di sekitar ibu negara, serta tiga individu lain yang termasuk dua pegawai bank dan seorang pengarah syarikat di Sabah.
Majistret Lili Marisqa Khalizan telah membenarkan mereka direman tujuh hari, manakala Majistret Wan Farrah Afriza Wan Ghazali membenarkan reman enam hari terhadap tiga lagi suspek.
“Akaun bank yang dibuka dengan bantuan pegawai bank berkenaan atas nama FELDA ini bagi memancing kepercayaan pembeli, menyangkakan urus niaga penjualan tanah itu adalah tulen daripada FELDA, seterusnya membuat pembayaran ke dalam akaun berkenaan.
“Tindakan pegawai bank yang bersekongkol dengan sindiket ini telah menyebabkan tanah milik FELDA seluas lebih kurang 260 hektar, bernilai RM400 juta di Bukit Katil, Melaka telah dijual pada 2023,” katanya.
Susulan tindakan itu, SPRM telah membekukan hampir 200 akaun bank milik individu dan syarikat, mengandungi lebih RM28 juta.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).