Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

Ada kekosongan kerusi di Jeli atau Gua Musang saya akan bertanding” – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen Jeli jika terdapat kekosongan.

Bagaimanapun, keputusan akhir untuk meletakkan calon bergantung kepada keputusan mesyuarat parti.

“Kalau ada PRK (Parlimen) Jeli atau Gua Musang saya tidak menolak kemungkinan akan bertanding di negeri Kelantan, tapi parti belum mesyuarat dan belum putuskan sama ada Putra akan bertanding.

“Jadi saya serah kepada kepimpinan parti, kita kena bincang cumanya saya nak beritahu sekiranya mahu bertanding (di PRK Jeli atau Gua Musang), kita kena ada perhitungan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

Beliau menjelaskan perkara ini kepada media hari ini, menyatakan bahawa keputusan untuk bertanding di PRK Jeli atau Gua Musang di negeri Kelantan juga bergantung kepada mesyuarat parti yang belum diadakan.

Ibrahim Ali menekankan perlunya membuat pertimbangan yang teliti sebelum membuat keputusan mengenai penyertaan dalam PRK.

“Kita tidak boleh bertindak dengan tanpa pertimbangan bila bertanding kita nak menang tapi ada juga menyatakan sebagai parti politik bertanding kena bertanding kalah menang belakang kira,” katanya lagi.

Berkenaan dengan PRK DUN Nenggiri di Kelantan yang akan diadakan susulan kekosongan kerusi, beliau menyatakan bahawa Putra sebagai parti politik akan mempertimbangkan sama ada untuk meletakkan calon atau tidak.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN Bersatu berhubung keahlian Mohd Azizi yang juga ADUN Nenggiri itu terbatal daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini adalah tindakan yang perlu dipertimbangkan dengan teliti demi mencapai matlamat parti dalam pilihan raya tersebut.

TopikIbrahim AliparlimenPutra

Berita berkaitan