Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

Akmal selar tindakan PAS terima ADUN Rembia

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, mengutarakan keraguan terhadap tindakan PAS yang menerima Adun Rembia, Muhamad Jailani Khamis, selepas menyuarakan membantah terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat yang membenarkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“…kalau seminggu yang lepas (mereka) cukup marah dengan tindakan katak-katak politik dari PN (Perikatan Nasional) melompat ke kerajaan.

“Tapi hari ini PAS sanggup berdiam diri dan menerima katak politik menyokong mereka. Jadi, mana pendirian PAS dalam isu ini?katanya

Pada Rabu lepas, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mengesahkan bahawa Bersatu menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang menolak permohonan parti untuk mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimennya yang menyokong Anwar.

Enam Ahli Parlimen tersebut adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Sebagai tindak balas, beberapa pemimpin PAS, termasuk Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan keputusan Johari sebagai bercanggah dengan Perlembagaan dan mempersoalkan keberkesanan akta antilompat parti yang tidak dipraktikkan.

Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mengumumkan bahawa Jailani, yang juga merupakan wakil rakyat, diterima menyertai PAS pada 10 Jun 2023, sebelum pelaksanaan akta antilompat parti di Melaka.

Jailani menyertai Umno pada Jun 2021 setelah meninggalkan PKR.

Akmal menegaskan bahawa tindakan Jailani menyertai PAS tidak akan memberi kesan langsung kepada Umno Melaka, dan parti itu bersedia untuk menghadapi PAS dan PN jika pilihan raya kecil diadakan di DUN Rembia.

“Kita jumpa di PRK Rembia”,  kata Adun Merlimau itu.

TopikADUNpasumno

Berita berkaitan