Kuala Lumpur: Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Rabu ini.
Pengumuman itu disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, semasa Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap.
Rafizi menyatakan bahawa senarai calon telah diserahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, untuk dipilih oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebelum diumumkan secara rasmi pada Rabu.
“Senarai sudah dihantar kepada Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan disaring oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
“Kita akan berjumpa sekali lagi pada Rabu ini untuk umumkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian wakilnya, Nor Zamri Latiff, dengan tarikh mengundi ditetapkan pada 6 Julai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan hari penamaan calon pada 22 Jun, dengan pengundian awal pada 2 Julai.