Kuala Lumpur: Dalam sidang media pada hari ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengumumkan beberapa perkara penting berkaitan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Malaysia. Ini adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu:
Harga Diesel Baharu: RM 3.35/liter
“Bermula pada tengah malam Isnin, 10 Jun 2024, harga diesel di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia akan ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism’,” kata beliau
Pengumuman Harga Seterusnya
-Harga diesel semasa akan diumumkan setiap minggu pada hari Rabu, mengikut amalan biasa Kementerian Kewangan.
Penjimatan Daripada Penyasaran
-Kerajaan menjangka penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun daripada pengurangan ketirisan akibat penyasaran subsidi diesel ini.
“Penjimatan yang diperoleh oleh Kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan lebih banyak sumber untuk disalurkan dalam sektor kritikal lain, yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan, dan pendidikan untuk anak-anak kita,” kata beliau lagi.
Bantuan Tunai BUDI Madani
-30,000 pemilik kenderaan diesel persendirian B40 akan menerima RM200 sebulan melalui program BUDI Madani bermula 10 Jun 2024.
-Rakyat yang layak diingatkan untuk memohon bantuan tunai ini.
Kaedah Penyasaran Subsidi
-Subsidi harga runcit di stesen minyak kepada 23 jenis pengangkutan awam dan barangan menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
-Subsidi bantuan tunai RM200 kepada isi rumah yang menggunakan kenderaan diesel bagi kategori individu dan agri-komoditi melalui BUDI Madani.
-Langkah ini bertujuan mengurangkan jurang harga runcit dengan harga pasaran serta mengatasi ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh segmen komersial tidak layak.
Laporan lanjut menyusul.