KUALA LUMPUR: UMNO Sabah sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka berlangsung tahun ini.

Walau bagaimanapun, Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin, mengakui bahawa majoriti Ketua UMNO Bahagian di Sabah tidak bersetuju dengan cadangan untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN kali ini.

“Saya tidak tahu dari mana sumber cerita berkenaan, tetapi yang pasti majoriti Ketua UMNO Bahagian di Sabah tidak bersetuju dengan gabungan bersama GRS.

“Kita usahakan untuk bergandingan dengan PH, namun kita mempunyai sasaran di DUN-DUN tertentu untuk ditandingi dan menang,” katanya.

Dakwaan tersebut timbul berikutan laporan yang mengatakan bahawa majoriti Ketua UMNO Bahagian di Sabah menolak saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan GRS dan PH dalam menghadapi PRN17.

Mengenai persediaan UMNO Sabah untuk PRN17, Jafry yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, menyatakan bahawa jentera parti sudah disusun di kawasan DUN yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional (BN).

“Alhamdulillah, secara diam-diam kita telah menyusun jentera di peringkat DUN yang akan ditandingi.

“Keseluruhan jentera telah tersedia dengan mengenal pasti pengundi putih disamping kepimpinan negeri melawat ke setiap Bahagian dan DUN untuk memberikan suntikan semangat bagi menghadapi PRN17,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berpendapat bahawa dakwaan tersebut hanyalah spekulasi dan menegaskan pendiriannya bahawa UMNO Sabah tidak akan bekerjasama dengan GRS.

ADUN Bengkoka, Datuk Harun Durabi pula menyatakan bahawa nasihat Perdana Menteri sentiasa dipertimbangkan, namun keputusan akhir tetap terletak di tangan pucuk pimpinan UMNO.

“Kita sentiasa mendengar nasihat daripada Perdana Menteri itu sendiri, tetapi bagaimanapun ini semua akan diputuskan oleh pucuk pimpinan masing-masinglah.

“Ya, dia (Perdana Menteri) nasihatkan begitu tapi terpulang kepada parti masing-masing, mana yang terbaik itu kita akan ambil perhatianlah,” katanya.

Mengenai hubungan beliau dengan kerajaan GRS, Harun menjelaskan bahawa kerjasama yang ada sekarang adalah sebahagian daripada kerajaan Perpaduan di Sabah.

“Saya bekerja ketika ini sebagai dalam kerajaan Perpaduan lah sekarang ini dan kita pun mengamalkan perpaduan di negeri Sabah,” katanya.

Harun turut memaklumkan bahawa jentera BN sudahpun bersedia dengan strategi-strategi tertentu untuk menghadapi PRN.

“Saya rasa semua pun sudah bersedia. Tapi dari segi strategi semua tidak kita dapat sebut secara jelas sebab inikan strategi kaedah untuk memenangi PRN.

“Tapi semua wakil-wakil rakyat ini sudah bersedia untuk berhadapan bila-bila saja kerajaan negeri dibubarkan,” katanya.

UMNO Sabah sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka berlangsung tahun ini.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia