Tiga lelaki termasuk pegawai kerajaan dan pemilik syarikat serta bapanya telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah sebanyak RM1.18 juta yang melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan di Thailand.

Perintah reman dikeluarkan selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kangar pada rabu.

Suspek pertama yang merupakan pendaftar perkahwinan didakwa menerima wang rasuah dari pemilik syarikat untuk memudahkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di Perlis tanpa prosedur yang betul.

Siasatan kes dilakukan mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia