Lori kontena yang membawa muatan dagangan ayam sejuk beku dari Thailand telah diarahkan berpatah balik oleh penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis selepas dikesan berasal dari Israel.

Kejadian ini berlaku pada Ahad lalu di Padang Besar. Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, menyatakan bahawa kontena tersebut dikesan sebagai milik syarikat berpangkalan dari Is*reall berdasarkan logo ZIM yang tertera di badan dinding luar kontena itu semasa proses imbasan imej di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs).

Sejurus selepas itu, lori tersebut ditahan untuk mendapatkan pengesahan dan pemeriksaan lanjut.

Selepas semakan bersama agensi kerajaan lain, kontena itu dilarang memasuki negara ini dan lori terbabit diarahkan berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, telah mengarahkan siasatan segera berkenaan dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Isreal, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan Isreal.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia