KUALA LUMPUR: Seorang lelaki di Taiwan mengalami penderitaan selepas cuba melakukan proses berkhatan sendiri menggunakan kit DIY yang dibelinya dalam talian.
Memetik laporan Harian Metro, Pesakit tersebut telah membayar kit tersebut melalui platform Taobao.
Menurut pakar urologi, Dr. Chen Zhongzuo, pesakit itu datang ke hospital dengan alat sulit yang bengkak selepas menggunakan kit tersebut.
Pesakit tersebut mengakui bahawa kit tersebut mengandungi ubat bius ringan yang disemburkan ke kemaluannya sebelum prosedur.
Walau bagaimanapun, kesakitan yang teruk berlaku semasa proses berkhatan, menyebabkan pesakit itu akhirnya mencari rawatan perubatan selepas tujuh hari tidak dapat menahan kesakitan.
Dr. Chen menyatakan bahawa alat sulit pesakit tersebut telah dijangkiti kuman dan memerlukan antibiotik. Pesakit tersebut akhirnya perlu menjalani pembedahan.
Dr. Chen menasihati lelaki agar tidak cuba melakukan proses berkhatan sendiri dan sentiasa mencari bantuan profesional dalam urusan kesihatan mereka.