KUALA LUMPUR: Harimau Malaya berdepan dengan peluang untuk meningkatkan kedudukan mereka dalam ranking FIFA selepas perlawanan menentang Chinese Taipei malam ini.
Memetik Astro Arena, dalam kemaskini terkini, Harimau Malaya naik tiga anak tangga ke kedudukan 135 dunia selepas pertemuan mereka dengan Republik Kyrgyz pada 6 Jun yang lalu. Prestasi cemerlang itu membawa skuad yang dikendalikan oleh Kim Pan-gon meraih jumlah mata sebanyak 1097.35 dalam ranking FIFA.
Dengan kemenangan, mereka boleh mendapatkan mata tambahan sebanyak +10.23 dan naik ke tangga 133 dunia, mengatasi Kepulauan Faroe dan Rwanda.
Namun, seri atau kalah penolakan mata sebanyak -2.23 dan -14.77 akan menurunkan kedudukan mereka jauh lebih rendah dari senarai ranking FIFA.
Perlawanan ini juga penting kerana ia menentukan layak atau tidaknya mereka ke Pusingan ke-3 Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.
Indonesia berhadapan dengan Filipina, kemenangan serentak Malaysia dengan Indonesia akan menempatkan mereka di kedudukan 133 dunia, manakala Malaysia akan berada di tangga 134 dunia.