Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Sivasangari juara Terbuka China selepas lawan menarik diri akibat demam

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, S. Sivasangari, menjulang gelaran keempat musim ini selepas menerima laluan percuma pada final Terbuka China di Shanghai, Ahad.

Pemain pilihan pertama itu dijadual berdepan pemain Jepun yang menduduki ranking ketujuh dunia, Satomi Watanabe, pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Kesatuan Skuasy Profesional (PSA) Tour, Satomi yang menjadi pilihan kedua menarik diri kerana demam, selepas mendapatkan nasihat perubatan berikutan kemenangannya ke atas Marina Stefanoni dari Amerika Syarikat pada separuh akhir Sabtu.

Sivasangari, yang kini ranking keempat dunia, sebelum ini memenangi Terbuka Australia, Piala Grasshopper dan Terbuka Silicon Valley pada musim ini.

TopikSivasangariskuasyTerbuka ChinaSatomi WatanabePSA

Foto: Internet Archive Book Images / Wikimedia Commons (No restrictions)

Berita berkaitan