Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Lebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi mempersoalkan peranan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam menangani isu kemasukan dan penempatan pelarian di negara ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia sudah lama memikul beban berhubung isu itu, sedangkan Malaysia sebelum ini dikategorikan sebagai negara transit bagi pelarian yang menunggu penempatan ke negara ketiga.

"Soalan saya berkenaan UNHCR dijawab secara bertulis oleh Timbalan Perdana Menteri dan ini jawapan balas saya. Katanya Malaysia cuma negara transit. Transit sampai bila? Pada 2024, sebanyak 7,012 pelarian (daripada lebih 200,000) berlepas ke negara ketiga melalui UNHCR, namun hanya 1,365 pada 2025 iaitu jatuh 80 peratus," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

"Bahkan tiga bulan pertama 2026, cuma 323 orang. Bila UNHCR dan negara penerima nak tunaikan janji mereka?" soalnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjawab pertanyaan Syed Saddiq di Dewan Rakyat mengenai pendirian rasmi kerajaan dalam membanteras kemasukan pelarian serta tindakan yang sepatutnya diambil UNHCR selepas tempoh transit selesai.

Ahmad Zahid berkata pemegang kad UNHCR akan dijadualkan untuk ditempatkan di negara ketiga selaras dengan hasrat kerajaan menunaikan tanggungjawab sebagai negara yang mengutamakan hak asasi manusia. Bagaimanapun, beliau menjelaskan proses penempatan itu bergantung sepenuhnya kepada negara penerima yang berkuasa menetapkan syarat serta jumlah pemegang kad UNHCR yang diterima pada satu-satu masa.

Syed Saddiq turut bertanya apakah tindakan kerajaan Malaysia sekiranya UNHCR dan negara penerima gagal memenuhi komitmen menempatkan pelarian ke negara ketiga. "Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia sekiranya mereka gagal memenuhi komitmen yang telah dijanjikan?" soalnya.

TopikSyed SaddiqUNHCRPelarianAhmad Zahid Hamidi

Berita berkaitan