Jumaat, 6 November 2026
TERKINI
BN-PN lancar 113 janji manifesto bersama PRN Melaka, termasuk air percuma dan kelas tuisyenRM10,000 sekali bayar untuk waris 54 rakyat Malaysia maut dalam banjir Nepal-TibetHanya satu daripada empat isi rumah ada perlindungan insurans banjir – PIAMPolis Johor kenal pasti 337 lokasi panas banjir, 2,867 anggota dikerah sepanjang monsunBNM ambil tindakan penguatkuasaan terhadap dua entiti iklan perkhidmatan mata wang asing tanpa kelulusanRafizi gesa Anwar singkir BN daripada kerajaan persekutuan susulan pertikaian dalamanWei Chong-Kai Wun mara ke separuh akhir Terbuka Korea selepas tewaskan pasangan JepunKumpulan penduduk bantah mesin kitar semula di tapak pelupusan JelutongPeletakan jawatan Loke berkuat kuasa sebaik Najib sampai ke rumahMalaysia berisiko jadi hab transit sindiket dadah antarabangsa – Saifuddin

BNM ambil tindakan penguatkuasaan terhadap dua entiti iklan perkhidmatan mata wang asing tanpa kelulusan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap dua entiti, Najmuldin Exchanger dan Nusantara Global Network, kerana disyaki melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK).

Tindakan itu berkaitan pengiklanan aktiviti jual beli mata wang asing tanpa kelulusan bertulis bank pusat.

Menurut BNM dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasminya pada Jumaat, operasi itu dijalankan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebahagian usaha berterusan melindungi orang ramai daripada risiko kewangan akibat urus niaga mata wang asing yang tidak dibenarkan.

Sebanyak empat premis di beberapa lokasi di Kedah dan Perak digeledah. Dokumen, peralatan, buku dan peranti digital dirampas bagi memudahkan siasatan.

Kedua-dua entiti itu disiasat mengikut subseksyen 214(2) dibaca bersama perenggan 1(b) Jadual 14 APK.

BNM menasihatkan orang ramai supaya tidak melibatkan diri dengan entiti tidak berlesen atau tidak berdaftar yang menawarkan atau mengiklankan perkhidmatan berkaitan mata wang asing kerana boleh dianggap bersubahat dalam aktiviti haram.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu atau entiti yang disyaki mengiklankan atau memudahkan jual beli mata wang asing tanpa kebenaran boleh melaporkannya melalui bnm.gov.my/BNMLINK atau talian 1300-88-5465.

Maklumat lanjut mengenai skim kewangan haram dan tindakan penguatkuasaan BNM boleh didapati di bnm.gov.my/enforcement-actions.

TopikBank Negara MalaysiaAkta Perkhidmatan Kewangan 2013mata wang asingKedahPerak

Foto: This Photo was taken by Supanut Arunoprayote . Feel free to use any of my images / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan