Jumaat, 6 November 2026
TERKINI
Malaysia berisiko jadi hab transit sindiket dadah antarabangsa – SaifuddinMoratorium eksport nadir bumi mentah dilonggarkan untuk aktiviti R&D – Johari14 warga China disyaki terlibat penipuan dalam talian ditahan dalam serbuan di SandakanLebih 80 peratus pemandu teksi dan kereta sewa terima bantuan RM1,000 sebelum Deepavali – APADPRN Sarawak: PBB beri mandat penuh kepada Abang Johari tentukan calon GPSMahkamah Rayuan: Bank boleh guna penyata dijana komputer untuk tuntut semula pinjamanPRN Sarawak 12 Disember, penamaan calon 28 November – SPRMetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di lima negeri hingga tengah hariDua remaja maut dalam kemalangan motosikal di Mersing dan CyberjayaJawatan Ketua Menteri bukan galakan untuk saya kekal berpolitik – Ab Rauf

Malaysia berisiko jadi hab transit sindiket dadah antarabangsa – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Lokasi strategik dan rangkaian pengangkutan yang luas menjadikan Malaysia terdedah kepada eksploitasi sindiket dadah antarabangsa yang mahu memindahkan bahan terlarang merentasi sempadan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, risikan dan operasi penguatkuasaan polis mengenal pasti Malaysia berdepan ancaman dijadikan antara laluan transit bagi aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa.

"Kedudukan geografi strategik dan rangkaian pengangkutan udara, darat serta laut yang luas boleh dieksploitasi sindiket jenayah terancang untuk membawa masuk dadah sebelum diedarkan di pasaran tempatan atau dihantar ke negara destinasi lain," katanya.

Saifuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis (5 November) kepada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanya sama ada Malaysia sudah menjadi lokasi transit bagi sindiket pengeluaran dan pengedaran dadah antarabangsa.

Menurut beliau, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mempergiat pengumpulan risikan dan operasi penguatkuasaan bagi merungkai keseluruhan rangkaian pengedaran, bukan hanya individu yang terlibat secara langsung mengendalikan dadah.

Ia merangkumi pembekal, pihak yang menyelaras pergerakan dadah, pembiaya dan pengedar, selain mengukuhkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa. Kawalan di lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat juga diperkukuh bagi menyekat aktiviti penyeludupan.

Saifuddin turut mendedahkan Kabinet meluluskan memorandum bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan pada 19 Ogos, susulan beberapa insiden keselamatan di pintu masuk negara.

Memorandum itu berkaitan cadangan pelan tindakan peningkatan dan mitigasi keselamatan bagi memperkukuh kawalan serta prosedur pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pintu masuk antarabangsa lain.

Pelan tindakan itu mengandungi 17 saranan substantif yang disusun berdasarkan tiga tonggak keselamatan, iaitu keselamatan penerbangan, keselamatan negara dan sempadan, serta keselamatan fizikal dan perlindungan.

Pelaksanaannya dibuat secara berperingkat, iaitu jangka pendek (sifar hingga enam bulan), jangka sederhana (enam hingga 24 bulan) dan jangka panjang (lebih 24 bulan).

TopikDadahSaifuddin NasutionKLIAPDRM

Berita berkaitan