Wei Chong-Kai Wun mara ke separuh akhir Terbuka Korea selepas tewaskan pasangan Jepun

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mengekalkan harapan Malaysia di Terbuka Korea apabila mara ke separuh akhir pada Jumaat.
Pilihan ketiga itu terpaksa bertungkus-lumus untuk menewaskan pasangan Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, 21-14, 26-24 pada suku akhir di Stadium Jinnam, Yeosu.
Pada separuh akhir Sabtu ini, Wei Chong-Kai Wun berdepan cabaran lebih getir apabila bertemu sama ada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, atau pasangan China, Wang Chang-Xie Haonan, untuk merebut tempat ke final.
Namun, tiada kegembiraan buat beregu campuran, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, yang tersingkir selepas tewas 14-21, 18-21 kepada pilihan utama China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin.
Foto: Peter / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)




