Selasa, 3 November 2026
TERKINI
Putrajaya akui kelemahan saringan dadah di lapangan terbang, peralatan keselamatan akan dimodenkanKerajaan masih tanggung rugi RM3 bilion projek saluran paip gagal walaupun perjanjian RM5 bilion dengan China – AnwarAplikasi TuJu kini alih pengguna ke Google Maps untuk navigasiTiada kelewatan sengaja siasatan kematian tembakan polis Durian Tunggal – SaifuddinRakyat Malaysia berkahwin lewat, saiz isi rumah mengecil – tinjauan KPKM-6Lembaga Peperiksaan nafi soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026 bocorPenyokong Rafizi berkumpul di luar Bukit Aman jelang rakaman percakapanKeluarga Noorizwan gesa polis henti ganggu peguam yang disiasatAnwar: Ancaman keselamatan global dekat dengan Malaysia, taklimat tertutup MKN dicadang untuk semua Ahli ParlimenGeran khas 40 peratus Sabah: peruntukan RM1.5 bilion, formula tetap masih belum muktamad

Lembaga Peperiksaan nafi soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026 bocor

PETALING JAYA: Lembaga Peperiksaan menolak dakwaan yang tular di media sosial bahawa soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 telah bocor.

Dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, Lembaga Peperiksaan berkata semakan mendapati maklumat yang disebarkan itu hanyalah senarai tema umum dan ramalan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

"Persamaan tema atau kata kunci dengan instrumen peperiksaan sebenar tidak menjadi bukti berlakunya kebocoran soalan, kerana sesuatu tema boleh dibangunkan kepada pelbagai jenis soalan, senario dan tugasan," katanya.

Lembaga itu menegaskan bahawa penyediaan dan pentadbiran instrumen peperiksaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan, dengan pematuhan ketat terhadap keselamatan dan kerahsiaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, selain menasihati calon SPM 2026 agar bertenang dan menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.

TopikSPM 2026Lembaga PeperiksaanUBBIKementerian Pendidikan

Berita berkaitan