Sabtu, 7 November 2026
TERKINI

Banjir kilat landa Seberang Perai Tengah selepas hujan lebat

BUKIT MERTAJAM: Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di tanah besar Pulau Pinang petang ini.

Antara kawasan terjejas ialah Seberang Jaya, Permatang Rawa, Tanah Liat, Mengkuang Titi dan Jalan Baharu di Seberang Perai Tengah.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Tengah, Kapt Mohd Fadhil Fahmi Zaini, berkata banjir kilat berlaku selepas hujan lebat bermula kira-kira jam 4.30 petang hari ini.

"Hujan lebat berlaku di beberapa kawasan dalam daerah ini, jadi kami menghantar pasukan untuk memantau keadaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata beberapa laporan turut diterima mengenai pokok tumbang dan masalah saliran di Seberang Jaya.

Menurutnya, keadaan ketika ini terkawal dan anggotanya bersedia membantu jika pemindahan diperlukan.

Orang ramai dinasihatkan segera memaklumkan pihak berkuasa jika paras air meningkat supaya tindakan dapat diambil.

TopikBanjir kilatSeberang PeraiPulau PinangSeberang Jaya

Foto: AyyanD / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan