Sabtu, 7 November 2026
TERKINI
Jalan Rawang-Kuala Selangor ditutup sepenuhnya selepas tanah runtuh di GombakHujan berterusan tahap waspada dijangka landa Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga 11 NovemberGempa bumi berukuran 6.1 magnitud landa luar pesisir Tokyo, tiada amaran tsunamiSenat Paraguay teruskan prosiding pemecatan Presiden Peña walaupun beliau sudah letak jawatanAnwar tidak setuju Umno bayar denda RM50 juta Najib, tetapi akui ia hak partiAGC cadang pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguh, perlu penjelasan jelas tentang pengampunanKediaman Najib diisytihar penjara, Takiyuddin gesa kerajaan jelaskan kelewatan tahanan rumahNajib masih di Penjara Kajang, peguam gesa tahanan rumah dilaksana segeraSelangor henti semua pembangunan di Puncak Alam, mitigasi banjir dipercepatWarga emas maut, enam cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Renggam

Hujan berterusan tahap waspada dijangka landa Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga 11 November

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan tahap waspada melanda Kelantan dan Terengganu bermula Ahad ini hingga 11 November.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Di Terengganu pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata, hujan berterusan turut dijangka melanda Sabah dari 9 hingga 11 November, melibatkan kawasan Sandakan, iaitu Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan.

"Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara pada 9 hingga 11 November ini.

"Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca, selain menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

TopikMetMalaysiaKelantanTerengganuSabahmonsun

Foto: Pieter van Marion from Netherlands / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan