Sabtu, 7 November 2026
TERKINI
Imigresen kutip kompaun RM91.78 juta setakat 31 Oktober, 54.5 peratus membabitkan majikanDua peluru berpandu dilaporkan menghentam Pulau Qeshm, IranAnwar buka ruang pekerja asing untuk penuai sawit, syarat syarikat tingkat mekanisasiCalon BN anjur bengkel AI percuma untuk penduduk Kota Laksamana dan Bandar HilirTrafik sesak di beberapa lokasi Lebuhraya Utara-Selatan, orang ramai mula pulang beraya DeepavaliJalan Rawang-Kuala Selangor ditutup sepenuhnya selepas tanah runtuh di GombakHujan berterusan tahap waspada dijangka landa Kelantan, Terengganu dan Sabah hingga 11 NovemberGempa bumi berukuran 6.1 magnitud landa luar pesisir Tokyo, tiada amaran tsunamiSenat Paraguay teruskan prosiding pemecatan Presiden Peña walaupun beliau sudah letak jawatanAnwar tidak setuju Umno bayar denda RM50 juta Najib, tetapi akui ia hak parti

Imigresen kutip kompaun RM91.78 juta setakat 31 Oktober, 54.5 peratus membabitkan majikan

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen mengutip RM91.78 juta kompaun membabitkan 32,052 individu bagi kesalahan di bawah undang-undang imigresen dari 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata daripada jumlah itu, RM50.04 juta membabitkan 2,459 majikan, manakala baki RM41.74 juta membabitkan 29,593 pendatang tanpa izin.

Menurut beliau, angka berkenaan menunjukkan penguatkuasaan imigresen tidak tertumpu kepada pendatang tanpa izin semata-mata, malah turut melibatkan tindakan terhadap majikan yang melanggar peraturan pengambilan pekerja asing. Kira-kira 54.5 peratus daripada jumlah kompaun dikutip membabitkan majikan.

"Angka ini penting kerana penguatkuasaan imigresen tidak seharusnya dilihat hanya melalui tindakan terhadap pendatang tanpa izin, tetapi juga terhadap mereka yang melanggar peraturan yang mengawal pengambilan pekerja asing," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu.

Saifuddin Nasution berkata kehadiran warga asing yang tinggal atau bekerja tanpa dokumen sah kekal menjadi kebimbangan orang ramai, bukan sahaja dari segi pematuhan undang-undang imigresen, malah pengurusan warga asing serta keselamatan dan ketenteraman awam. Beliau menegaskan kebimbangan itu wajar diberi perhatian, tetapi orang ramai juga perlu memahami usaha menanganinya melibatkan pelbagai bentuk tindakan penguatkuasaan, termasuk terhadap majikan yang melakukan kesalahan imigresen.

"Sudah tentu, jumlah kompaun yang dikutip bukan satu-satunya ukuran keberkesanan penguatkuasaan, apatah lagi penyelesaian menyeluruh kepada isu pendatang tanpa izin. Namun, ia salah satu petunjuk bahawa tindakan terhadap pelanggaran undang-undang terus diambil," katanya.

Beliau menambah, menangani isu pendatang tanpa izin memerlukan kerjasama orang ramai, termasuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti yang disyaki melanggar peraturan imigresen.

Bagaimanapun, kerjasama itu perlu dilakukan dalam kerangka undang-undang yang jelas, dan tindakan penguatkuasaan hanya boleh dilaksanakan oleh agensi yang diberi kuasa mengikut undang-undang.

"Kedua-dua prinsip ini mesti seiring. Kebimbangan orang ramai perlu diberi perhatian sewajarnya dan tindakan yang sesuai diambil, manakala semua langkah penguatkuasaan mesti dilaksanakan secara sah, profesional dan bertanggungjawab," katanya.

TopikImigresenSaifuddin NasutionKompaunPendatang tanpa izinMajikan

Berita berkaitan