Rabu, 4 November 2026
TERKINI
Perintah geran khas Sabah diwartakan sebelum akhir tahun, baki RM900 juta dibayar kemudian – Amir HamzahJangan jadikan agama senjata politik, kata Pengerusi PH SabahKementerian diarah semak pelan kesinambungan perkhidmatan, ancaman keselamatan kian meningkatWarga Taiwan rempuh anggota trafik dipandu pengaruh dadah bakal didakwa esokIndonesia tahan tiga suspek didakwa sadap telefon Presiden PrabowoJualan Proton Oktober cecah 21,624 unit, kedua tertinggi tahun iniKerajaan kaji pengecualian bayaran balik PTPTN untuk peminjam lama – Amir HamzahJais: Kandang penyembelihan ayam di Puchong dipercayai dikendalikan beberapa syarikatNaib presiden MCA kritik Wong Kah Woh isu pengurangan waktu Bahasa Cina di SJKCKerajaan peruntuk lebih RM200 juta untuk sambungan ECRL ke Rantau Panjang

Jangan jadikan agama senjata politik, kata Pengerusi PH Sabah

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, mengingatkan parti politik supaya tidak mengeksploitasi sentimen agama sebagai senjata untuk mencabar strategi lawan, susulan kenyataan yang mengaitkan demokrasi berparlimen sebagai institusi dengan tokoh akhir zaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu menyatakan kekesalan terhadap kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menyamakan pendekatan perjanjian keyakinan dan bekalan (CSA) dengan “Dajjal”. Beliau menegaskan label sedemikian amat asing dan boleh mengelirukan umat Islam.

“Apabila hujah politik tidak lagi mencukupi, adakah istilah akhir zaman perlu dijadikan senjata? CSA boleh dibahaskan secara rasional dalam kerangka demokrasi berparlimen tanpa perlu menggunakan sentimen agama untuk memburukkan mereka yang berbeza pandangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mustapha berkata, pendekatan CSA pernah digunakan sebelum ini ketika PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai rasional melabelkan mekanisme itu secara negatif.

Beliau turut menegaskan kepelbagaian agama, etnik dan latar belakang budaya sejak lama menjadi teras perpaduan masyarakat majmuk Sabah dan tidak seharusnya digunakan untuk mencetuskan permusuhan.

“Bagi rakyat Sabah, menggambarkan sesama Muslim secara negatif semata-mata kerana berbeza pandangan politik adalah asing dan tidak boleh diterima.

“Agama sepatutnya menyatukan, bukan memecahbelahkan dan Sabah tidak perlu diceramahi tentang perpaduan oleh pihak yang terus melabel antara satu sama lain,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua rakyat Sabah mengekalkan keharmonian yang telah lama dinikmati dan menolak sekeras-kerasnya amalan politik memecahbelahkan yang mengeksploitasi agama demi kuasa, selain mendesak semua pihak mencari titik persamaan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

TopikMustapha SakmudAbdul Hadi AwangCSASabahPakatan Harapan

Berita berkaitan